Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Mealshake Untuk Kulit Cantik

nak tahu tak kenapa customer2 MamaFaiz [MFC] yang consume Mealshakes bg feedback kata kulit makin cantik.. glowing berseri... 
sebabnya
-mealshakes kaya dgn protin yg membentuk dan memulih sel2 kulit
-mealshakes mengandungi vitamin penting A, C, E, selenium, Zinc
-mealshakes lengkap dengan vitamn B, zat besi, copper utk membina sel darah merah yg sihat seterusnya menjadikan kulit glowing
-mealshakes tinggi kandungan serat utk kesihatan usus seterusnya memudahkan penyerapan zat2 nutrien2

Wow.. no wonder kulit faiz cantik... 

*org perempuan mmg tak kedekut kalau bab kecantikan ni kan... kann ..sila hubungi pengedar2 Shaklee yg cantik2 pilihan anda.... haha

sharing is caring..


credit to blog mamafaiz.blogspot.com




Suami Sakit Belakang

Semoga di hari yang mulia ini kita diberkati oleh yang Maha Kuasa. Hari ini, hari ke 5 suamiku sakit belakang, awalnya terseliuh. Semalam EL sebab lebam lepas kena urut dan bekam 4 pot...bayarannya rm65, oklah asalkan lega. Harap hari ini suamiku sihat seperti biasa. 

Pagi ini, seperti biasa siapkan breakfast, bancuh ESP sebelum g kerja...tahan perut sampai pukul 12.15 tengahari lunch dan solat jumaat. Bagus minum Esp, kalau tak meragam perut bangun2 tidur lagi. Perut rasa kenyang, taklah terlebih makan...maintain je badan, tak terlebih or terkurang makan. Kesihatan dan kecantikan dalaman luaran terjaga, parut hilang, kulit cerah, licin. Kalau tengah malam lapar bancuh ESP Shaklee in shaa Allah kenyang. 

# Berminat pm or wassap 016 5539189.

# azmiesa2008.blogspot.com

Ostematrix Untuk Tulang dan Gigi (Kalsium)

Assalamualaikum...

Kisahnya bermula bila saya dapat order daripada seorang kawan yg sedang hamil. Dia order B-complex dan Ostematrix. Ini order Ostematrix pertama yang saya dapat daripada customer. Sebelum ni saya cuma belikan Ostematrix untuk Mak saya sebab Mak saya ni ada gastrik dan selalu sembelit.


Lepas dapat order tu saya pun study sikitlah pasal Ostematrix ni secara lebih mendalam, lebih-lebih lagi kawan saya ni kan hamil. Kena lebih berhati-hatilah bila nak pilih supplement untuk dia.

Tapi yang untungnya, kawan saya ni dah biasa dengan supplement Shaklee jadi dia dah buat research sendiri sebelum beli. Jadi takda masalahlah. Berbalik pada cerita kelebihan Ostematrix ni, jom kita go through sama-sama kelebihan Ostematrix.

Kandungan Ostematrix: 

Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Zinc, Copper, Maganese dan Boron.

Manfaat Ostematrix:
1) Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf. 
2) Memperbaiki kekejangan dan kebas.
3) Meringankan stress - menggalakkan tidur selesa, memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala
4) Memperbaiki masalah haid
5) Memperbaiki sakit gastrik
6) Mengimbangi tekanan darah 
7) Mengurangkan migrain

Cara pengambilan: 
Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 tablet sebelum tidur
Untuk tulang retak, osteoporosis: 4 tablet sehari


Berdasarkan pengalaman sendiri setelah 2 minggu mengamalkan Ostematrix: 

Alhamdulillah, banyak sangat perubahan positif lepas mengamalkan supplement ni. Sekarang ni selepas bangun pagi tu rasa segar dan bertenaga. Kalau dulu rasa takda mood sangat nak bangun pagi pergi kerja, tapi sekarang ni at least ada la semangat jugak walaupun office tu bukanlah satu tempat yang best kan?

Selain tu saya dapat rasa saya dah jarang mengantuk di office, walaupun tak cukup tidur tapi tak rasa penat langsung. Husband pun cakap benda yang sama dan dia dah perkenalkan supplement ni kepada pekerja kontrak kat tempat kerja dia.

Ostematrix ni sangat sesuai kepada sesiapa yang buat kerja berat, ibu hamil, ibu menyusu, warga berusia, pesakit gastrik, pesakit migrain, sesiapa yang kurang gemar minum susu dan sesiapa yang perlukan lebih tenaga. Kita usaha kan, kalau yakin Inshaa Allah akan tercapai hajat kita tu. 

Satu botol ada 120 biji, kalau makan sehari 2 biji bermakna 1 botol tahan 2 bulan. 

Untung sangat tau!




Jom contact saya sekarang untuk keterangan lanjut.
Saya sedia membantu.

^______^




Tambah Berat Badan

Kisah yang mengayat hati saya. Sebagai ikhtibar dan pedoman. Baru-baru ini, saya bertemu sahabat lama...dia nak beli Shaklee supplement, untuk menaikkan berat badan. Dalam hati saya, alhamdulillah rezki...kawan lama tak jumpa but kagum coz dia kata nak beli dan join Shaklee membership dengan saya. Syukur sangat2 rezki yang diturunkan untukku...sujud syukur...

Saya tanya dok mana sekarang? keja kat mana? Jawabnya di kampung je... saya ulang soalan, keja kat mana. Dia tunduk keja kerani je...gaji RM 1/2 K. Ya Allah sebaknya hatiku, kawanku study sama2...kelulusan degree tapi gaji camtu. cukup ke? jawab dia terpaksalah nak bayar pinjaman pendidikan. Sian sangat2, saya kata wat side income join saya Shaklee, ikut Master Checklists yang saya add fb secret group mariafirdaus millionaires Shaklee.tengok ebooks free je diorang kasi n blog warga jutawan ada cikgu, doktor, engineer, kerani, housewife...semua success...ikut je Master Checklist termasuk solat sunat dhuha, zikir ya wahhab, baca yasin dll. lama2 jadi biasa rutin harian. 

Automatik jadi dekat dengan Allah. Jangan masuk niat nak jual barang je. Niat perlu betul, nak tambah kualiti hidup orang. In Shaa Allah tuhan buka pintu rezki. Alhamdulillah sekarang, setiap hari lepas solat sunat dhuha je ada rezki masuk...customer order set kuruskan badan.....esp, alfalfa herblax...dh berapa, klu bagi offer pun x dapat untung tunai...UV tetap naik n bonus ditunaikan juga. Makin lama masuk kumpul point dpt je lama2 dapat free Shaklee sponsor UMRAH, MELANCONG & KERETA free. Macam saya kumpul point bulan2 beli utk keperluan harian family je.... Esp contohnya, utk break fast ...xyah minum3 in 1 yg x banyak khasiat...kulit licin cerah, parut hilang, slim...yela sampai lunch baru makan..jimatpon ya. Anak2 Meal Shakes, chewable vita c dan omega guard ada DHA....x campur g alfalfa, lecithin dll....kumpul point bulan2 sampai 1 ke stgh tahun dpt claim insentif..... best sangat...kesihatan terjaga.

Berminat pm or wassap me...

Shaklee Master Celebrations


"Semalam punya cerita, saya berasa sangat bertuah dapat turut serta dalam shaklee celebration master coordinator nur laila...sangat memberi inspirasi kpd saya. Dapat bergambar dan sharing idea dgn Shaklee millionaires...ambil berkat in shaa Allah tahun depan 2015 saya nak jadi master Shaklee. Doakan saya ye...

Tq Mr.firdaus n Mrs.Maria hehe kak maria...coaching saya n husband smlm.kena brain wash smlm....  .... neway tq byk guide kitorang utk achieve my dreams to be true. Really sgt menjadi inspirasi plus kak laila cerita kisah liku hidupnya, kesusahan yg dilalui till menjadi master coordinator Shaklee. Sgt hebat...tq Shaklee jamu kami smua makan di Hotel Pullman Putrajaya smlm. 

# Berminat sila hubungi pm/wassap me.
# Pilih mentor yg betul penting utk kita success n dpt ilmu. 
# Join me org yg boleh rapat dengan you n masuk susur galur mariafirdaus Shaklee millionaire ada fb secret group, ebook dll dunia akhirat bekalan ke sana d guide.
# Yg bminat tak de duit pon saya akan tolong yg penting usaha untuk success. Inform 
me kalau nk join".





Super Detox Set

[menyahtoksin utk tubuh yg sihat,bertenaga dan wajah berseri]



Kebaikan:
membantu menyingkirkan toksin berbahaya dari badan
membantu meningkatkan kesihatan hati
meningkatkan seri wajah
meningkatkan sistem imun

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
___
credit to: blog: http://www.mamafaiz.com/







Menarik Kulit Cantik Berseri.

| Category : CoQHeatlh Plus, Tips Cantik |



Pagi ni saya nak kongsi info mengenai produk Shaklee yang terbaru iaitu CoQ Health Plus. Kelebihannya bukan sekadar untuk jantung. Ia memberikan lebih dari itu iaitu berkaitan dengan kulit cantik. Haa sebut kulit cantik semua nak baca.. semua berminat kan kan. Sebelum tu kita baca dulu apa itu CoQ10 iaitu salah satu bahanutama produk ini. 
CoQ10 ialah nutrien larut lemak semulajadi yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia bertanggungjawab menhasilkan tenaga dalam setiap sel. Ia juga merupakan antioksida semulajadi.. CoQ10 membantu menguatkan otot jantung. CoQ10 membantu mencegah pengoksidaan kolestrol jahat dan CoQ10 juga berfungsi memastikan salur darah fleksibel untuk tekanan darah yang sihat. Dan yang lebih menarik CoQ10 juga membantu membaiki peredaran darah. Ini bermaksud ia membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda. Dalam erti kata lain. CoQ10 membantu kulit lebih cerah dan berseri. CoQ10 juga untuk perlindungan matahari semulajadi, meningkatkan kesuburan dan meningkatkan tenaga lebih2 lagi jika anda mengalami sindrom keletihan yang kronik dan juga mampu untuk meningkatkan keupayaan mental (migrain, sakit kepala dan loya) 

Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan berkurang apabila kita meningkat usia. Sebab tu salah satu alternatif adalah mengambil CoQ Health Plus Shaklee. Ia mengandungi 3 bahan utama iaitu CoQ10, Vitamin E, Green Tea. Apa yang membezakan CoQ Health Plus dengan produk lain adalah CoQ10 Shaklee adalah daripada yis ekstrak semulajadi sama seperti yang dihasilkan oleh badan. dan Oh ya.. satu lagi. Shaklee memiliki sistem penyerapan yang dipatenkan. 

Menarik bukan.. Jom mulakan hari dengan pengambilan CoQ Health Plus Shaklee...
Author : cery
Berminat pm or wassap me.
# azmiesa2008.blogspot.com
 

VIVIX : Supplemen Terbaik



10 KEBAIKAN VIVIX

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8)Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan


Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh



Lapar Tengah Malam??? Nak Makan Apa Yer?

kredit : http://www.hmetro.com.my

ELOK DIMAKAN



Susu: Anda mungkin mempunyai kenangan di mana ibu atau nenek memberikan anda segelas susu panas sebelum waktu tidur. Ya, ia fakta yang anda perlu tahu bahawa susu mengandungi ‘tryptophan’ iaitu sejenis asid amino yang berperanan sebagai pelopor serotonin. Serotonin berupaya mengatasi sindrom kemurungan, gangguan emosi serta masalah tidur dalam kalangan orang dewasa.

Beras ‘Jasmine’: Apakah makanan yang terbaik untuk dimakan sebelum tidur? Inilah jawapannya! Badan akan mencerna beras Jasmine perlahan-lahan dan akan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam saluran darah. Ia mengandungi mineral maganese sebagai bahan antipengaratan dalam tubuh badan, mengekalkan berat badan ideal, mengandungi selenium dan serat sebagai antikanser selain menurunkan kolesterol dalam badan.

Bijirin: Bijirin adalah makanan yang baik untuk dimakan sebelum tidur untuk mengawal berat badan. Ia mengandungi karbohidrat yang baik untuk badan. Cuba bijirin berasaskan gandum, quinoa atau barli dan campurkan dengan susu untuk snek ringan pada waktu malam.

Pisang: Buah-buahan ini bagus dimakan sebelum tidur. Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang akan membantu merehatkan otot. Pisang mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian, ia memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.


TAK ELOK DIMAKAN

Pasta:
 Walaupun ia makanan yang lazat dan cepat untuk disediakan sebelum tidur tetapi sudah pasti ia bukan makanan ideal dimakan pada waktu malam. Elakkan memakan pasta sebelum tidur kerana ia boleh menaikkan berat anda. Perlu tahu bahawa pasta juga mempunyai indeks glisemik tinggi bermakna akan melambatkan tidur, mengacau keseimbangan tahap gula dalam darah dan mungkin akan menyebabkan terjaga di tengah malam.

Aiskrim: Kadang-kadang kita mengidam semangkuk besar aiskrim. Fikir dua kali sebelum membuka peti ais kerana aiskrim sarat dengan lemak. Gula terkandung dalam aiskrim akan memberikan tenaga yang agak banyak, sekali gus melambatkan tidur lalu menjadikannya lemak. Dipercayai, pengambilan makanan gula tinggi boleh menyebabkan mimpi buruk.

Saderi: Saderi adalah bahan diuretik semula jadi yang akan membuatkan kita berulang-alik ke bilik air pada waktu malam. Sudah tentu, perlu makan sayur-sayuran kerana kaya dengan nutrien, tetapi anda perlu mengurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan kesan diuretik seperti saderi.

Coklat gelap: Senario biasa di mana apabila duduk di depan televisyen akan mula mengidam untuk makan coklat. Tidak dapat disangkal lagi coklat gelap memang lazat tetapi ia mengandungi kafein yang mungkin akan mengganggu tidur. Coklat gelap juga mempunyai perangsang seperti theobromine yang kadangkala akan membuatkan jantung berdegup laju.

Piza: Fikir dengan teliti sebelum membuat pesanan piza sebelum tidur kerana perut dan seluruh badan perlu berehat sebelum tidur dan sudah semestinya piza bukan makanan ringan sama sekali. Sos tomato mempunyai tahap asid tinggi selain pemangkin untuk refluks asid. Anda disyorkan untuk mengelak makan piza supaya tidur tidak terganggu.

Nak senang lagi, bancuh jer Shaklee ESP ngan Milo, sedap dan cukup untuk menghilangkan rasa lapar. Penuh dengan zat seperti Protein. Dah la sedap, tidur pun nyenyak sebab dah kenyang.

20 Makanan Anti Kanser

20 senarai makanan dan minuman yang dipercayai boleh mengelakkan pelbagai jenis kanser.

Mencegah dan mengatasi adalah lebih baik daripada merawati sesuatu penyakit.

Badan sihat hidup ceria.


Photo: (Admin)

20 senarai makanan dan minuman yang dipercayai boleh mengelakkan pelbagai jenis kanser.

Mencegah dan mengatasi adalah lebih baik daripada merawati sesuatu penyakit.

Badan sihat hidup ceria.
sumber gambar : www.facebook.com/montereybayholistic

Berminat dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya,
Khairunmisa 019-5105218
Whatsap: 016-5539189







Tips Kurus Badan dan BMI

Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :  
Kelas
BMI (kg/m²)
Kurang berat
<18 nbsp="">
Normal (berat badan unggul)
18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan
>25.0
Pra-obes
25.0 – 29.9
Obes Kelas 1
30.0 – 34.9
Obes Kelas 2
35.0 – 39.9
Obes Kelas 3
>40.0
Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat dengan BMI

Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah
              BMI =            Berat (kg)
                         -------------------------
                         (Tinggi (m) X Tinggi (m))
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • mengandung atau menyusukan anak
  • seorang ahli sukan yang aktif

jadual diambil dari http://jknkedah.moh.gov.my

Di sini saya nak kongsikan bagaimana nak kurus. Pertama kita kena tahua pa itu BMI. BMI adalah singkatan Body Mass Index atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap satunya mewakili 1 peringkat tertentu iaitu

Kurang dari < 20  =     Kurus

20 hingga 25          =     Berat badan unggul

25 hingga 30          =     Berat badan berlebihan

Lebih dari > 30     =     Obesiti


Cara mengira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh pula adalah seperti berikut:

Berat tubuh badan (kg) dibahagikan dengan Ketinggian (m) kali dengan Ketinggian (m)Berat tubuh badan (kg) dibahagikan dengan Ketinggian kuasa 2  ataupun Berat tubuh (kg) dibahagikan dengan Tinggi (m) dan dibahagikan sekali lagi dengan Tinggi (m).


Contoh

katakanlah berat badan anda 80 kg dengan ketinggian 1.60 m


Cara Pengiraan BMI:

Cara mengira BMI 1: 80 / (1.60 x 1.60)

Cara mengira BMI 2: 80 / 1.60²

Cara mengira BMI 3: 80 / 1.60 / 1.60

Jawapan : 31.25 (Obesiti atau Obes kelas 1 bagi jadual WHO)

Untuk pengetahuan anda, julat sihat BMI ialah daripada 20 hingga 25. Perlu diingat bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.

Jadi, bagaimana nak jadi kurus ialah dengan menurunkan nilai berat atau menaikkan tinggi. Tinggi susah untuk dinaikkan bagi yg umur 30 ke atas. Jadi, penurunan berat adalah perlu untuk menurunkan BMI anda. Nanti saya kongsikan tips kurus badan...

Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 
019-5105218 Khairunmisa. 
Whatsapp 016-5539189.

Betulkah Shaklee Membantu Kesihatan Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Shaklee, shaklee, shaklee...betulke shaklee ni boleh membantu saya dan anda? Kita boleh lihat produk shaklee ni ada macam-macam. tahukah anda yang produk shaklee berasal dari Amerika Syarikat. cam tak caya jer kan? Amerika syarikat banyak menghasilkan saintis termasuk dalam bidang perubatan seperti shaklee ni..Produk shaklee ni dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee. shaklee 


Sains Shaklee
  • Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal
  • Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
Peneraju dalam produk kesihatan dan pemakanan sejak 1956, Shaklee terus kekal menjadi juara secara saintifik disokong oleh produk terpilih berbanding perubahan yang berisiko.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam penyelidikan dan pembangunan produk yang lengkap , dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun, kira-kira 83,000 ujian makmal dan ujian-ujian jaminan kualiti dilaksanakan terhadap produk nutrien dan bahan-bahan sahaja!

Produk-produk Shaklee merupakan hasil satu proses mendalam bagi kajian saintifik dan penilaian penyedlidikan pihak ketiga dan juga kajian klinikal bebas oleh kumpulan Pakar Sains Kesihatan kami. Shaklee juga merujuk kepada Lembaga Penasihat Saintifik, satu kumpulan kebangsaan yang merupakan ahli sains yang diiktiraf oleh peneraju dalam Institusi akademi dan perubatan.

Setiap hasil yang dikeluarkan perlu menjalani taraf kecemerlangan. Setiap produk mesti memberikan dos bahan-bahan yang tepat berdasarkan kajian klinikal. Setiap produk juga perlu dihasilkan oleh bahan-bahan yang tulen dan diformulasi untuk menghasilkan produk yang konsisten.

Shaklee menggabungkan bahan sumber alam dan aplikasi sains terbaik dan tidak menggunakan jalan pintas. 

Bisnes shaklee ni senang. Anda boleh buat secara online atau offline atau buat kedu-duanya bersama untuk mendapat lebih pelanggan yang berminat membeli produk shaklee atau untuk join shaklee bagi bersama menambah pendapatan sampingan keluarga.







Senaman

Senaman bukan sahaja hanya berjalan dan melakukan aerobic.Senaman berintangan terutamanya dengan mengunakan pemberat juga adalah penting.Menurut Puan Sarkuna Premnath,Fisioterapi dari jabatan fisioterapi,Hospital Kuala Lumpur,manusia akan kehilangan sebanyak 5 paun tisu otot dan sejumlah besar tisu tulang setiap 10 tahun pada umur dewasa sekiranya tidak melakukan senaman untuk menguatkan otot.Keadaan ini dapat dicegah dengan melakukan senaman rintangan.

Aktiviti kardiovaskular adalah langkah mudah untuk menurunkan berat badan.Senaman aerobik membakar kalori hanya sewaktu ‘work out’.Oleh itu jika anda mahukan kesan yang berkekalan,lakukan dengan pemberat.Lebihan kalori akan dibakar selepas berhenti bersenam termasuk waktu rehat.

Senaman berintangan boleh memberi kesan kepada pengekalan kekuatan tisu otot,tulang,kefungsian diri,pencegahan mahupun pemulihan masalah musculoskeletal seperti sakit belakang.Selain itu, faedah lain ialah ia dapat meningkatkan keyakinan diri,Pengeluaran hormon endorphin dan meningkatkan kadar metabolisme.

Faedah latihan pemberat sebenarnya boleh berlaku dalam tempoh 24 jam selepas ‘workout’,dimana lebih kalori dapat dibakar iaitu sebanyak 100 sehingga 200 kalori.Latihan dengan pemberat ini dicadangkan setiap selang sehari.Ini adalah penting bagi membolehkan otot terlibat pulih sepenuhnya.Jika dilakukan,senaman berkala ini dapat membakar sebanyak 300 hingga 600 kalori seminggu.

Menurut Sarkuna,lakukan senaman dengan pemberat secara perlahan-lahan dan tingkatkan beransur-ansur.Bagi wanita mulakan dengan pemberat seberat kira-kira 3 hingga 5 paun dan bagi lelaki kira-kira 5 hingga 10 paun.

Pengiraan penggunaan kalori di atas adalah berdasarkan berat badan 150 paun.Bagi setiap 10 paun kurang atau lebih berat ,kurangkan atau tambah sebanyak 7 peratus kalori mengikut garis panduan di atas.




Jadual berikut boleh diikuti jika mahu menurunkan berat badan
AKTIVITI TEMPOH MASA Kkal
ISNIN
Berjalan kaki ke/dari tempat kerja. 30 minit 160
Naik turun tangga 5 minit 35

SELASA
Berbasikal 15 minit 105

RABU
Berjalan laju 30 minit 160

KHAMIS
30 minit bersenam di gim:
Naik turun tangga cepat 10 minit 85
Mesin kayuh 10 minit 65
Berlari-‘treadmill’ 10 minit 95

JUMAAT
Berenang 20 minit 180
Berbasikal 20 minit 135

SABTU
Berjalanjauh 30 minit 160
Berkebun 20 minit 110
Bersihkan rumah 20 minit 80

AHAD
Menyapu halaman rumah 20 minit 135
Mencuci kereta 20 minit 150
‘Treadmill’ 20 minit 190
Naik turun tangga 20 minit 40

JUMLAH BESAR (5 JAM) 1800


PENGUNAAN KALORI

Bagi mencapai tahap kesihatan kardiovaskular yang baik,penggunaan tenaga yang diperlukan ialah 1000 – 1500 Kkal seminggu.(contoh:3 sesi 45 minit senaman aerobik seminggu).Bagi menurunkan berat badan atau mengekalkan penurunan berat badan,pengunaan kalori haruslah sejumlah 1500 – 2500 seminggu.

Tahukah anda penggunaan kalori:

150 Kkal sehari melalui aktiviti fizikal – Paras minimum bagi
mengekalkan kesihatan.

150 – 300 Kkal sehari – Dapat memperbaiki taraf kesihatan.

300 – 500 Kkal sehari - Dapat meningkatkan jangka hayat,
mengurangkan risiko kematian awal
yang disebabkan oleh penyakit
kardiovaskular.

>300 Kkal sehari – Untuk menurunkan berat badan.

>500 Kkal sehari – Untuk latihan sukan.

10 Jenis Makanan Anti Kolestrol

Susu Alphalipid memang terbukti dapat menurunkan paras kolestrol dalam darah seseorang. Selain dari susu Alphalipid, terdapat makanan lain yang juga bersumberkan semulajadi mempunyai kelebihan yang sama. Berikut adalah 10 jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri tersebut :

1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dpt menghindarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.


3. BUAH KERING

Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL

Memakan sebiji epal hijau@ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.


5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.


7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.


9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.


10. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik

NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu.Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi putih yang wangi baunya, dimasak dengan santan kelapa dan dibungkus dalam daun pisang serta diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, kacang goreng, telur dan timun yang menyelerakan.

Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya…
Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.

Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang.

Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain.

Jenis-jenis diabetes :

Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas...Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin.

Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel. Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2' dan dihidapi oleh 90% pesakit diabetes dunia. Setiap 10 saat, seorang mati akibat punca yang berkait diabetes dan ianya penyakit penyebab kematian yang keempat tertinggi di dunia.

Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya.

Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal. Hakikatnya, komplikasi berpunca diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi, strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini kian meningkat.

Langkah-langkah pemantauan yang mudah:

Dengan melakukan beberapa perubahan boleh mengurangkan secara mendadak kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2.
Contoh-contohnya termasuklah:

1. Kawal berat badan anda. Berat badan berlebihan merupakan satu penyebab yang paling penting bagi diabetes jenis 2.
Mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan tujuh kali ganda kemungkinan untuk menghidapi diabetes jenis 2...
Berbadan gemuk akan membuatkan anda 20 hingga 40 kali lebih berkemungkinan untuk menghidapi diabetes berbanding dengan mempunyai berat badan yang ideal dan sihat.
Mengurangkan berat badan boleh membantu sekiranya berat badan anda berada di atas paras berat badan yang sihat.
Mengurangkan 7 hingga 10 peratus daripada berat badan anda sekarang dapat menurunkan separuh kemungkinan untuk anda menghidapi diabetes jenis 2.
Bertindak sekarang. Ketidakaktifan menggalakkan diabetes jenis 2.
Bagi setiap dua jam anda duduk menonton TV selain daripada melakukan kegiatan aktif lain, akan meningkatkan kemungkinan untuk menghidapi diabetes sebanyak 14 peratus...

2. Menggiatkan otot-otot anda dengan kerap dan membuatkannya bekerja lebih keras akan meningkatkan keupayaannya untuk menggunakan insulin dan menyerap glukosa. Ini akan mengurangkan tekanan ke atas sel-sel pembuat insulin anda.

3. Perbaiki cara pemakanan anda. Perubahan terhadap cara pemakanan boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap risiko diabetes jenis 2..
Pilihlah produk yang berbijirin lengkap berbanding karbohidrat yang diproses seperti nasi putih, roti putih, roti canai, kuih-muih, dan lain-lain.
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Lagi banyak warna lagi baik.

4. Kurangkan pengambilan gula yang bertapis (gula putih). Apabila minum teh tarik, minta kurangkan gula atau kurangkan minum teh tarik.

5. Suplemen-suplemen nutrisi. Membekalkan pesakit diabetes dan pradiabetes dengan nutrien-nutrien penting terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula di samping mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi diabetes.