Sanggupkah anda, untuk menjadi Jutawan...
Artikel oleh IK

Pastinya semua orang mengenali Jackie Chan- ikon Asia yang paling popular di mata dunia. Saya sendiri pun minat aksi-aksinya.

Tapi, tahukah anda, sebelum Jackie Chan popular, beliau berusaha untuk mempelajari Tae Kwando, Judo, Wing Chung dan seni mempertahankan diri yang lain selama 18 jam setiap hari?

Pernah dengar nama Lance Armstrong? Cancer survivor yang memenangi Tour De France berkali-kali. Tahukah anda selepas beliau pulih dari kanser, beliau hanya mempunyai 2 matlamat dalam hidupnya- iaitu memenangi Tour De France, dan membesarkan anaknya dengan sihat.

Setiap hari, dari pagi hingga malam, beliau berlatih untuk memenangi Tour De France dan tidak melakukan benda lain. Ditulis dalam bukunya "Anything else was secondary and an unnecessary distraction"

Dan siapa tidak mendapat inspirasi dari ratu squash Nicole David. Dalam laporan pernah mengatakan beliau berlatih lebih dari 8 jam setiap hari.

Lihat kembali industri kita sendiri. Sanggupkah kita mengikut jejak langkah ikon-ikon ini yang kesemuanya kini multi-millionaire? No short cut to success, tapi masih lagi ramai ingatkan boleh jadi kaya dengan cepat & mudah.

Sekiranya kita sanggup berusaha sederhana sahaja, maka pendapatan kita tetap sederhana. Tetapi sekiranya kita sanggup berusaha pada kadar yang luar biasa, maka, pulangan juga akan tetap luar biasa.

Orang kebiasaan bekerja sekitar 40-50 jam seminggu. Tahukan anda secara purata jutawan-jutawan bekerja lebih daripada 70 jam seminggu?

Tanya pada diri kita sendiri, sanggupkah kita berusaha lebih dan melabur lebih untuk memperolehi pulangan yang lebih?