Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta. Papar semua catatan

Tips Tayar Pancit

Ouch... Tayar pancit plak dekat2 ngan Sunway Piramid. Saja jalan2 dengan husband dan anak2. Bila sampai dekat2 jalan ke Sunway Piramid, husband cakap, tayar pancit. Belok ke kiri dan parking dekat situ. Husband bagi lampu kecemasan. Husband check tiub tayar tercabut. Jadi kena la tukar dan pakai tayar spare...kesian gak tengok husband tukar tayar sorang2. Waktu nak keluarkan tayar spare, saya tolong husband pasang segitiga kecemasan (safety triangle).

So hari ni nak kongsikan tips untuk tukar tayar yang pancit.

1. Okay, firstly buka bonet belakang dan ambil safety triangle, jek kereta, spanar buka tayar dan tayar spare seperti gambarajah di bawah.



2. Pasang safety triangle dulu dan pastikan lampu kecemasan juga dipasang. Ini untuk keselamatan agar kereta dan kenderaan lain berhati-hati bila ternampak kereta kita.

3. Sebelum guna jek kereta, longgarkan nat di tayar anda dengan spanar. Longgarkan agar senang nak bukak tayar nanti. Kalau dah jek, nanti tayar berpusing bila nak pusing spanar, lagi susah pulak. 

4. Gunakan jek kereta untuk jek kereta kita agar kita boleh keluarkan tayar kereta dan masukkan tayar spare. 






5. Keluarkan nat tayar yang dah dilonggarkan dan letak tepi 4 biji agar tak hilang. Kang kena g beli plak nat tak cukup.

6. Keluarkan tayar pancit dan masukkan tayar spare. Masukkan kembali nat tayar tadi. Gunakan spanar untuk mengetatkan nat. Caranya ialah ketatkan nat secara serong iaitu nat yang bertentangan dulu agar tayar sama rata ketatnya.



Sekian sahaja, maaf gambar di atas diambil dari google. Bukan kereta saya. Penatnya bukan main. Berpeluh gak suami saya. Kami teruskan perjalanan dan mencari stesen minyak dulu untuk pamkan tayar spare.


Maklumat lanjut dengan Shaklee boleh hubungi saya,
Khairunmisa 019-5105218 (sms/call)
Whatsapp 016-5539189

INFO UNTUK PEMILIK KERETA TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA¦ BACALAH¦ (dipetik dari http://www.ehoza.com/v4/forum/info-automotif/11706-info-utk-pemilik-kereta-penting.html#post168670) (Bahagian 4)

SERVIS AIRCOND KERETA
Tahukah anda bahawa selain bahagian enjin kereta aircond atau penyaman udara kereta anda perlu diperiksa dan diservis setiap 2 hingga 3 tahun sekali.. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah langsung menyelenggara aircond kereta kesayangan sejak dibeli 5 tahun lalu.. Tahu bila start enjin, on aircond & drive..


Apa yang pomen buat masa servis aircond kereta tu?
1. memeriksa kandungan gas aircond.. kalau sudah kurang perlu ditambah (Jenis gas aircond kereta yang diluluskan oleh Jab Alam Sekitar ialah R134 / R134A



2. cuci / bersihkan kekotoran dan habuk-habuk yang terdapat pada bahagian-bahagian aircond (spt cooling coil dsb)
3. memeriksa aircond compressor, tabung gas aircond - masih ok atau terdapat sebarang kebocoran
4. motor kipas aircond (aircond fan radiator) - masih berfungsi dgn baik atau sudah 'kong'



tanda-tanda aircond kereta perlu diperiksa / diservis
1. bila ON aircond enjin kereta terasa 'berat' (bukan berat sikit tetapi berat banyak)
2. bila ON aircond sekejap sejuk sekejap tak sejuk
3. bila ON aircond aircond fan radiator sudah berpusing dengan perlahan (tidak laju) atau kipas itu tidak berpusing langsung



biasanya selepas servis aircond ni kereta anda akan lebih fresh.. enjin pun ringan (masa on aircond)..


kos servis
kalau semua bahagian dlm keadaan baik cuma bersihkan habuk-habuk + tambah gas yang sudah berkurangan = tak sampai seratus pun. Kalau ada part yang perlu ditukar seperti motor aircond fan radiator, cooling coil atau terdapat kebocoran siap la ratus-ratus. . Kalau part2 semua dah out, memang kena tukar seketul (pakai aircond denso baru la) - tukar baru dlm 450 ++


Kadang-kadang selepas servis aircond enjin kereta anda menjadi berat (pickup lambat). Sekiranya keadaan ini berlaku, buat pelarasan timing enjin semula.


*Saya sebenarnya tidaklah pandai sangat pasal kereta ini.. Insyaallah sekadar apa yg saya tahu saya akan kongsikan dengan kawan-kawan semua..

INFO UNTUK PEMILIK KERETA TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA¦ BACALAH¦ (dipetik dari http://www.ehoza.com/v4/forum/info-automotif/11706-info-utk-pemilik-kereta-penting.html#post168670) (Bahagian 3)

(berguna ni terutamanya untuk org pompuan..)

Suatu hari anda mengeluh,  Eh, kenapa kereta aku rasa berat semacam je ni?. Setelah beberapa hari memandu, anda berasa tidak puashati dengan prestasi kereta anda. Lantas anda mengambil keputusan untuk membawa kereta anda ke bengkel dan bertanya kepada mekanik.  Oh, enjin kereta cik ni dah teruk. Nak kena buatfull overhaul ni!, jawab mekanik di bengkel membaiki kereta tersebut bersungguh-sungguh.  Berapa kos untuk baiki enjin kereta saya ni bang? Semua nak tukar barang-barang dalam enjin yang dah haus ganti dengan yang baru campur upah lebih kurang 900 hingga 1000 ringgit la.. AWAS, Jangan tertipu! Jika anda memandu dengan cermat dan membuat penyelenggaraan kereta anda secara berkala (servis / tukar minyak enjin bila sudah sampai masanya), enjin kereta anda boleh tahan 10 hingga 15 tahun.

Sebab-sebab anda merasakan kereta anda seolah-olah menjadi berat..

1. jangka hayat palam pencucuh(spark plug) sudah tamat (tukar setiap 30,000km atau setahun sekali)*
2. tepet dalamlocker enjin telah lari dari setting asal - buat pelarasan tepet setiap 1 tahun 6 bulan (jika kereta digunakan setiap hari untuk perjalanan jarak jauh) hingga 2 tahun sekali

3. penapis minyak petrol(petrol oil filter) tersumbat [minyak tidak dapatflow dengan lancar ke sistem pembakaran enjin (kaburator / suntikan minyak)] - setiap kali anda menukar timing belt, tukar penapis minyak petrol ini sekali.

4. Penapis angin (air filter) penuh dgn habuk / debu. Cuci atau tukar air filter ni.
5. enapan karbon yang berlaku di dalam sistem pembakaran enjin telah banyak - cuci karbon setiap 2 tahun sekali (boleh buat di pusat Proton Servis atau gunakan Professor rujuk laman web En Azmi -<>

6. brek cakera(disc brake) kereta anda tersangkut ; akibat sistem brek yang tidak pernah diperiksa & diservis - biasanya berlaku kejadian piston brek melekat (brake piston takrelease balikdisc brake selepas kita menekan brek). Pandu kereta perlahan-lahan (gunakan gear 1 atau gear 2) & anda boleh mendengar bunyidisc brake tersangkut / bergesel ini. Tukar minyak brek setiap 3 atau 4 tahun, brek pad tukar bila dah nak habis. **

7. bearing roda @ tayar kereta anda telah rosak. (untuk kereta proton bearing roda kereta akan mula buat hal selepas 8 - 10 tahun usia kereta). Bunyi bising (berdengung) akibat kerosakan bearing roda kereta anda akan kedengaran bila anda memandu pada kelajuan 80km ke atas.

8. minyak kotak gear(gear box oil) sudah sampai masa, tukar setiap 2 hingga 3 tahun [plat klac(clutch plate) tukar setiap 3 tahun sekali].

9. tekanan angin dalam tayar kereta anda tidak mencukupi.
10. Timing belt dan belting luar (tali sawat/kipas yang memusingkan fan, alternator kereta anda menjadi terlalu ketat. Periksa dan buat pelarasan timing belt atau belting luar ini semula (tanda belting luar terlalu ketat diketahui sewaktu menghidupkan enjin ; ada bunyi berdencit yg kedengaran).

11. timing enjin kereta anda terlalu rendah atau telah lari dari setting asal. Buat pelarasan timing enjin kereta anda semula.

12. mungkin berlaku masalah kerosakan di distributor. Periksa sekiranya terdapat kerosakan pada coil distributor kereta anda.

13. Bateri kereta anda sudah sampai masanya (perlu ditukar). Jangkahayat bateri biasanya lebih kurang dlm 2 tahun.

Cerita Pasal Nak Lowered Kan (Bagi Rendah) Kereta TukarAdjustable Absorber & Sport Spring.
Untuk kereta proton, jangka hayat sistem suspensi (gantungan)strut absorber (batang penyerap hentak) dan gelung spring adalah sehingga 5 hingga 7 tahun.. Ramai di antara kita akan memilih untuk menukar kepada jenisadjustable absorber (penyerap hentak jenis boleh laras contohnya jenama GAB), harga memang mahal.. atau bertukar kepadasport spring (contohnya jenamakimex). Setelah menukar penyerap hentak & gelung spring, ramai antara kita yang tidak berpuashati [rasa lagi keras lah, kereta terasa seperti bumpy (melompat-lompat) , lalu kat bonggol tak lepas, tidak selesalah] & akhirnya kembali memakai penyerap hentak & gelung spring proton standard. Untuk mendapatkanset up yang terbaik untuk kereta anda, saya mengesyorkan anda bertanya kepada pakar En Rosli Smart Suspension 019-2309961, kedai En Rosli di Senawang. (Benda mcm absorbers dan spring ni kalau nak standard je elok pakai yg original protonpart. Tukar absorber jenis minyak, kalau jenis gas cepat jadi keras (3 tahun ++ saja).

P/S : * Kalau banyak duit tukar palam pencucuh jenis NGK G-Power - (harga mahal sikit).

Spark plug jenama Bosch Super 4 tidak disyorkan (pengalaman saya sendiri sudah pakai spark plug Bosch Super 4, lama kelamaan prestasi enjin lagi teruk).

** jika lampu isyarat amaran ( ! ) menyala walaupun anda telah melepaskan brek tangan, ini menunjukan minyak brek kereta anda telah berkurangan. Bawa ke bengkel untuk memeriksa kebocoran salur minyak pada sistem brek kereta anda.

INFO UNTUK PEMILIK KERETA TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA¦ BACALAH¦ (dipetik dari http://www.ehoza.com/v4/forum/info-automotif/11706-info-utk-pemilik-kereta-penting.html#post168670) (Bahagian 2)


2. SERVIS KERETA
Kpd orang pompuan, anda sebenarnya boleh menjimatkan duit anda masa servis kereta..
basic servis kereta adalah


i) penukaran minyak enjin + tukar penapis minyak
ii) cuci atau tukar penapis angin (air filter ; biasanya benda ni tahan lama.. 6 7 8 kali servis baru tukar sekaliair filter ni)

iii) iii) periksa & top up air bateri (kalau nak tukar bateri yg baru ambil jenis jenis

Century ; bateri kereta Century air bateri lambat surut & bateri ni tahan lama)

Kos basic servis di workshop
Minyak enjin (20-50W) RM50 - 60 ++
Oil filter RM10-RM13
Top up battery water (biasanya free atau termasuk dlm labour charge)
Labour charge RM15 - RM 25

Kalau suruh kawan2 anda yg lelaki buat sendiri
(contoh kos servis sendiri utk kereta P. Wira)
Anda pergi beli sendiri benda2 ni kat kedai spare part
Minyak enjin (Castrol 20-50W) RM28 (Harga Jun 2006)
Penapis minyak/Oil filter jika jenis proton standard baru RM8 satu..
Andaikan air filter tak yah tukar (elok lagi)
Top up air bateri (air bateri RM1 - RM2 sebotol) boleh top up pakai balance air bateri kawan anda yg lelaki tu (free je) J

Labour charge - Belanja la kawan2 lelaki anda yg tolong servis kereta anda tu..

P/S : Bandingkan kos anda.. (sebab tu la orang pompuan kena berbaik2 dgn orang lelaki nie.. jangan dok jual mahal je) J


3. TIMING BELT
Adalah mustahak timing belt ditukar setiap60,000km (jenis proton standard, original protonparts) .. kalau anda pakai jenis Mitsubishi boleh tahan sampai 100,000km (hati-hati, kat kedaisparepart ada jual timing belt jenisMitsuboshi (brand tiruan @ cap ayam).. sekiranya timing belt enjin kereta anda kena air.. kena minyak enjin dgn banyak yg meresap melalui celah enjin (gasket enjin dah bocor), maka disarankan anda terus tukar timing belt kerana ketahanan getah tali ‘timing belt’ ini sudah berkurangan (tear & wear)..

Catatkan bacaan odometer reading di dashboard kereta anda supaya anda tahu bilakah perlu dilakukan pertukaran timing belt seterusnya. Contohnya sekiranya ‘clock’ odometer reading kereta anda mencatat kereta anda telah berjalan sejauh 165,433km maka pertukaran timing belt seterusnya perlu dilakukan apabila bacaan odometer kereta anda mencecah 225,433km.

Kegagalan untuk menukar timing belt pada masa yg disyorkan oleh mekanik boleh menyebabkan ianya putus di tengah jalan (apa lagi piston akan jammed, rod akan bengkok atau patah, blok enjin akan calar atau pecah...) duit anda akan terbang ratus2.. kena overhaul la jawabnya.. (kos baik pulih enjin kancil jika timing belt putus RM600++, Opel frontera RM2000 ++ (kos tukar timing belt Opel frontera ni baru RM400..)



P/S : Kos servis kereta di workshop sudah naik skrg ni. Harga minyak enjin di kedai sparepart juga sudah naik skrg ni. Berhati-hati membeli atau menyerbis kereta kesayangan anda… skrg ni ada kedai sparepart dan workshop membuat onar dgn menjual / menggunakan minyak enjin terpakai.. akibatnya enjin kereta anda akan kaput dlm tempuh 2 minggu.

INFO UNTUK PEMILIK KERETA (BAHAGIAN PERTAMA) TERUTAMANYA UNTUK ORANG POMPUAN RAMAI YANG TIDAK TAHU RUPANYA¦ BACALAH¦ (dipetik dari http://www.ehoza.com/v4/forum/info-automotif/11706-info-utk-pemilik-kereta-penting.html#post168670) (Bahagian 1)


1. PASAL TARIK KERETA


Sebenarkan pihak bank sendiri yang memberikan data-data (butir-butir pemilik kereta yg gagal jelaskan installment bulanan kereta) kepada 'geng' tarik kereta ni..

hanya dari dlm kereta dgn membawa laptop, mereka dpt 'trace' everything mana-mana kereta dgn hanya menaip no pendaftaran kereta.. seluruh Malaysia ..

menurut kawan saya yg buatpart time jual kereta 2nd hand ni, sepatutnya bilainstallment kereta dah tertunggak 3 bulan 2 minggu baru lah bank boleh keluarkan surat tarik kereta tu.. kalau dah tertunggak 2 bulan lebih biasanya bank akancall atau hubungi kita..

bila kereta dah kena tarik, ada tempoh 21 hari (3 minggu) sebelum kereta tersebut dijual secara public auction (lelongan awam). Boleh ambil balik kereta yg kena tarik tu dgn membayar kpd bank 2 atau 3 bulan installment yg tertunggak tu + interest (bank akan kenakan faedah harian terhadap installment kereta jika lewat membayar ; bank bumi 8% sehari) + duit upah tarik (biasanya RM500 - RM700) dan duit upah simpan kereta kat stor (RM10 - RM15) sehari..

kalau installment bulanan kereta anda tertunggak 3 bulan ++.. tiba-tiba anda terjumpa dgn geng tarik kereta di jalanan, janganpanic.. pada peringkat ini anda sebenarnya masih boleh berunding dgn geng tarik kereta ni.. tindakan anda..

i) minta dari mereka surat akuan dari bank yg menyatakan kereta anda telah tertunggak 3 bulan ++..
ii) biasanya mereka akan meminta anda mengikut mereka ke bank utk membayar 2 bulan duit installment kereta yg tertunggak & sedikit duit kopi utk mereka (biasanya RM250 - RM400)..

iii) sila telefon, minta la bantuan kecemasan 999 kat sapa2.. pinjam dulu duit kat mak cik pak cik @ sedara mara atau kawan2office anda (jangan lupa bayar balik ; jangan malu utk bagitau keadaan anda sebenar..) Insyaallah kereta tu masih boleh diselamatkan. .
Cara sejukkan enjin kereta terlalu panas


WALAUPUN enjin kereta anda dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Namun, enjin boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.

Enjin yang terlalu panas kerana terlalu lama dihidupkan setelah membuat perjalanan jauh juga boleh mengundang bahaya jika lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan.

Tapi ketika memandu, anda tentu bimbang jika penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin menghampiri peringkat H (hot).

Kepanasan enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Ekzos tersumbat

SISTEM penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas.

Jika perkara ini berlaku, beberapa langkah pertama boleh dibuat. Mula-mula buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi.

Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu.

Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankan seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa.

Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik.

Hati-hati buka radiator

TIDAK lama selepas itu suhu enjin akan menurun. Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator.

Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan.

Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Buka tutup radiator dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain.

Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan.

Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti.

Jika ada kebocoran, balut bahagian rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat sebelum kenderaan dibawa ke bengkel.

Paip radiator tersumbat

HARUS diingat, paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih untuk mengeluarkan kerak atau karat itu.

Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur akan menyebabkan aliran udara penyejuk terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas
Tips menghidupkan enjin kereta utk bateri lemah

Pernahkah anda mengalami masalah kesukaran menghidupkan kereta pada waktu pagi... uuhh... sungguh memilukan... Hal ini terjadi kebiasaannya disebabkan battery yg telah weak... ada juga kes2 tertentu dimana pemandu lupa mematikan sistem eletrik kereta seperti lampu kenderaan,sistem stereo dan sebagainya...ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan discharge.Byk kemungkinan penyebab masalah "morning2" nih... hehehe...

Pagi ini kita akan bercakap tentang langkah2 keselamatan membuat jump start...

1-Rapatkan kedua2 kereta anda supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua2 bahagian kenderaan... Jgn terlalu rapat sehingga menyentuh....

2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start

3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan... benda asas klu nak start kereta...

4-seperti biasa... merah untuk positif... hitam untuk negatif... pastikan anda memasang positif dahulu di kedua2 kereta barulah memasang bahagian negatif...

5-Hidupkan kenderaan yg weak bateri tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati2 dan perlahan2... pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan kemudian barulah positif...

6-Biarkan engine kereta anda running sebelum memulakan perjalanan utk tukar bateri atau ke bengkel dan sebagainya...

Semoga apa yg dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta... mungkin perkara ini agak mudah tp sapa2 yg x tau tu dapt laa juga sesuatu...Langkah2 keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan...
Keperluan memanaskan enjin kereta

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendahdan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu.
Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?


The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Rasanya memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, Engines run best at their design temperature. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi gentle kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
Tips Penjagaan Enjin Kereta Terpakai

Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul. Untuk membersihkan enjin,

1* jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidal dapat dihilangkan dengan air.

2* Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

3* Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan tali kipas, paip getah dan kabel elektrik.

4* Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti alternator (motor penghidup), generator, gegelung penghidup, pengagih dan lampu boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

5* Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

6* Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak.Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan minyak pelincir jika kurang.

7* Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM5 dan RM10. Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.

8* Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.*** Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup.
Penjagaan Asas Kereta Idaman Anda

Telah terbukti penjagaan kereta yang baik mendapat nilai yang lebih baik apabila anda ingin menjual atau menukar ganti (trade-in) kereta itu.

Tip-tips amalan penjagaan asas yang boleh anda lakukan.

1. Elak pengubahsuaian yang overacting. Kereta yang diubah suai dengan ekzos besar, pemecah angin (spoiler) atau kit badan (bodykit) yang ekstrim atau air brush yang terlalu menonjol menimbulkan perasaan kurang selesa kepada bakal pembeli.

Orang ramai biasanya meminati kereta yang berada dalam keadaan asal. Penjual kereta terpakai juga tidak mengambil kira nilai aksesori tambahan dan mungkin ada yang memberi harga lebih rendah kerana mereka terpaksa memulihkan kereta berkenaan kepada keadaan asal.

2. Elak daripada membawa muatan besar dan berat kerana ini boleh merosakkan bahagian dalaman dan juga sistem penyerap hentak kereta.

Membawa muatan berlebihan di dalam kereta penumpang juga satu kesalahan trafik.

3. Jangan cuba membuat kerja membaiki kereta anda sendiri. Kerja teknikal yang rumit elok diserahkan kepada mekanik. Kerja yang kurang kemas atau tidak betul menjatuhkan nilai kereta anda. Lainlah jika anda seorang mekanik bertauliah.

4. Jangan merokok dalam kereta. Bau asap rokok dan kesan asap pada bahagian dalaman kereta memang susah untuk dihilangkan.

Jika anda penghisap rokok mungkin anda tidak sedar rakan anda yang tidak merokok turut menyedut udara dalam kereta anda. Sudah pasti keadaan bahagian dalaman menjadi kurang menyenangkan dan berbau asap.

Lebih memburukkan keadaan apabila bara rokok terjatuh di tempat duduk dan menyebabkan ia berlubang atau terbakar.

5. Jika anda terpaksa meletakkan kereta di tempat terbuka dan panas pastikan anda meletakkan penghadang cahaya pada cermin hadapan kereta. Ini mengurangkan tahap haba dalam kereta. Suhu terlampau menyebabkan keretakan pada bahagian papan pemuka serta komponen plastik di ruang dalaman kereta.

Amalan penjagaan yang mudah ini membolehkan anda mendapat nilai terbaik untuk kereta anda. Bukan itu saja ia memastikan kereta anda selesa dan terjaga.
Fahami Kod Menukar Tayar Baru

Tayar Kenderaan akan mula botak apabila kita menggunakannya melebihi 2-3 tahun mengikut kecermatan penggunaan. Oleh itu jika cengkaman tayar berkurangan, ia memberikan satu amaran kepada pemilik kenderaan tersebut untuk menukar tayar yang baru.

Bagaimanapun, sebelum menukar yang baru ada beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian pemilik supaya tayar baru dibeli bersesuaian dengan kenderaan dan bukan sudah luput tarikh atau lama disimpan penjual.

Sebagai pemilik kenderaan dan pengguna anda perlu mengetahui beberapa kod penting terdapat pada bahagian sisi tayar sebagai rujukan.

Ia untuk memastikan anda membeli tayar berkualiti dan tahan lama. Setiap tayar mempunyai maklumat terperinci berhubung jenis, saiz, keupayaan, minggu dan tahun keluarannya.

Sesiapa saja boleh memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang sesuai dan selamat bagi kenderaan masing-masing. Cara paling mudah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit.

Ikuti makna nombor penting bagi sesebuah tayar:

- Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 2208 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 22 pada 2008.

Kebanyakan pengeluar mengesyorkan jangka hayatnya ialah selama lima tahun dan jika lebih bermakna sudah luput tarikh dan dinasihatkan tidak gunakan pada kenderaan.

- Pengguna juga perlu memahami nombor berikut yang terdapat di bahagian sisi tayar contohnya - 175/70R13 82H.

Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Biasanya, jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.

Nombor 70 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya. Maksudnya ketinggian tayar adalah 70 peratus kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 ke bawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah.

Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin terjejas sedikit.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan ke semua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu.

Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus.

Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar diameter lebih besar anda perlu menukar rim kepada diameter yang sama.

Nombor 82 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksimum berlambangkan nombor “82″ kami perlu merujuk kepada carta “Indeks Keupayaan Mengangkut Berat Tayar” yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)

Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.

Taraf kelajuan “H” dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

- S - 180 km/j
- T - 190 km/j
- U - 200 km/j
- H - 210 km/j
- V - 240 km/j
- Z - melebihi had laju 240 km/j
- W - 270 km/j
- Y - 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 ksj, huruf ZR akan digunakan.
Tips Selenggara Aircond Kereta

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.
Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150).

Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng ‘on’kan dan meng’off’kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama ‘on’.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal ‘on’ dan ‘off’ aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara ‘3′ di atas.

5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di ‘3′.

7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu ‘bermain’ dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.

Tips Penjagaan Kereta

Tip Memulakan perjalanan

1) Hidupkan enjin kereta anda dan tunggu didalam 2 atau 3 minit bagi memanaskan engin kereta anda. Sebaik-baik sehingga meter temprature ada berada pada sekurang-kurangnya separuh meter. Ini adalah untuk membuatkan enjin anda betul panas sebelum memulakan perjalanan.

Pemeriksaan berkala


1) Pastikan lampu anda berkeadaan baik, lampu brek, lampu signal, lampu brek ketiga dan lampu reverse.

2) Pemeriksaan tayar dengan melihat fizikal tayar samaada terdapat kekurangan angin dan melihat atau terdapat benda2 tajam melekat pada tayar. Semasa pemanduan anda dinasihat tidak memandu terlalu tepi kiri jalan ini kerana kebiasaannya terdapat benda2 yang tajam berada ditepi jalan selain disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab menabur paku.

3)Periksa air bateri dengan memastikan ia berada diparas yang ditetapkan. Periksa minyak enjin ada dengan menyukat mengunakan jarum penyukat. Pastikan ianya berada diaras yang betul sekurang-kurang tidak mengurangi aras minimum. Sekiranya ianya berkurang dari aras minimum tambahlah sedikit minyak enjin anda. Kebiasaan sekiranya anda menukar minyak enjin dibengkel, mekanik tidak akan mengisi keseluruhan kandungan minyak pelincir anda itu... Jadi lupa ambil semasa selesai menukar minyak hitam tersebut. Selain dapat menambah minyak hitam anda minyak hitam itu boleh juga dikumpul. Cuba anda bayangkan jika setiap kali tukar minyak pelincir anda ambil dan kumpul lebihan minyak tersebut maka lama kelama-lamaan ianya akan banyak dan boleh dijadikan satu isian pada enjin anda.. Anda dapat berjimat disitu.. Tetapi minyak yang anda kumpul ada jenis yang sama. Jangan campur dengan minyak jenis yang berlainan.

4)Bagi penggunaan minyak pelincir pula selepas meter anda menunjukkan 5,000 km tukar minyak injin bersama-sama penapis minyak (oil filter) sekiranya anda bermodal sekiranya kekurangan modal anda boleh menukar setiap 2 kali menukar minyak enjin dan bagi palam pencucuh (plug)tukar setiap 3 kali meukar minyak enjin. Minta mekanik periksa juga air bateri dan cuci penapis angin. Sekiranya penapis angin anda terlalu kotor ada lebih baik anda menukarnya.Bagi penukaran minyak pelincir ini sebenar anda juga boleh membuatnya sendiri jika anda mempunyai masa dan tahu menukarnya. Mungkin kepada pembaca-pembaca ada mekanik yang boleh berkongsi mengenai cara menukar minyak hitam di portal ini.

Selamat Menjaga Kereta anda.

Cheapest Engine Oil??

cheapest engine oil?? then go for no other, your minyak sawit is the best. have a look at this, taken from kosmo nwpaper. dare to try??

Dipetik dari KOSMO
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sintetik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Komen dari penulis blog ialah tambahkan aditif kepada minyak masak supaya enjin bagus dan terjaga. Satu lagi ialah minyak masak ini cair, jadi selain diletak aditif, ia hanya sesuai untuk kenderaan ringan seperti kancil dan motorsikal kapcai. Kalau superbike dan kereta mewah seperti BMW, Camry jangan pakai la...

Kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia minyak masak boleh melayari http://ilmurahsia.name.my