Tips Kurus Badan dan BMI

Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI :  
Kelas
BMI (kg/m²)
Kurang berat
<18 nbsp="">
Normal (berat badan unggul)
18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan
>25.0
Pra-obes
25.0 – 29.9
Obes Kelas 1
30.0 – 34.9
Obes Kelas 2
35.0 – 39.9
Obes Kelas 3
>40.0
Sumber WHO (1998) : Klasifikasi berat dengan BMI

Index Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah
              BMI =            Berat (kg)
                         -------------------------
                         (Tinggi (m) X Tinggi (m))
Walau bagaimanapun, formula ini tidak boleh digunakan jika anda:
  • berusia kurang dari 18 tahun atau lebih 64 tahun
  • mengandung atau menyusukan anak
  • seorang ahli sukan yang aktif

jadual diambil dari http://jknkedah.moh.gov.my

Di sini saya nak kongsikan bagaimana nak kurus. Pertama kita kena tahua pa itu BMI. BMI adalah singkatan Body Mass Index atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. Secara amnya kaedah pengukuran ini dibahagikan kepada 4 tahap yang setiap satunya mewakili 1 peringkat tertentu iaitu

Kurang dari < 20  =     Kurus

20 hingga 25          =     Berat badan unggul

25 hingga 30          =     Berat badan berlebihan

Lebih dari > 30     =     Obesiti


Cara mengira BMI (Body Mass Index) / Indeks Jisim Tubuh pula adalah seperti berikut:

Berat tubuh badan (kg) dibahagikan dengan Ketinggian (m) kali dengan Ketinggian (m)Berat tubuh badan (kg) dibahagikan dengan Ketinggian kuasa 2  ataupun Berat tubuh (kg) dibahagikan dengan Tinggi (m) dan dibahagikan sekali lagi dengan Tinggi (m).


Contoh

katakanlah berat badan anda 80 kg dengan ketinggian 1.60 m


Cara Pengiraan BMI:

Cara mengira BMI 1: 80 / (1.60 x 1.60)

Cara mengira BMI 2: 80 / 1.60²

Cara mengira BMI 3: 80 / 1.60 / 1.60

Jawapan : 31.25 (Obesiti atau Obes kelas 1 bagi jadual WHO)

Untuk pengetahuan anda, julat sihat BMI ialah daripada 20 hingga 25. Perlu diingat bahawa pengiraan BMI hanya boleh diterima pakai jika anda berumur antara 18 hingga 64 tahun sahaja kerana golongan ini mempunyai saiz dan komposisi tubuh yang lebih stabil.

Jadi, bagaimana nak jadi kurus ialah dengan menurunkan nilai berat atau menaikkan tinggi. Tinggi susah untuk dinaikkan bagi yg umur 30 ke atas. Jadi, penurunan berat adalah perlu untuk menurunkan BMI anda. Nanti saya kongsikan tips kurus badan...

Maklumat lanjut boleh hubungi saya di 
019-5105218 Khairunmisa. 
Whatsapp 016-5539189.

Tiada ulasan: