Kursus Kenegaraan BTN (23-27 Julai 2009)

Aku kena kursus BTN 5 hari dari 23 Julai - 27 Julai 2009. Yang bestnyer, mula hari mendaftar tu kami perlu menyanyikan lagu Menara Bangsa sehingga hari last. Lagu ni cam pelik waktu dengar sebab susah nak nyanyi tapi sekarang kami dah pandai. Kena nyanyi dengan penuh semangat, kalu x, xkan jadi.

Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar beribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangkakala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
Kerna mimpi ada di depan mata,
Embun jernih pengganti keringat,
Berkilau bagai mutiara.

Rimba akan terus hijau,
Unggas riang ria berkicau,
Air jernih meriak di sungai,
Udara nyaman tenang di rongga.

Darah kembali berharga,
Merah buat penyeri muka,
Senyum terus meniti di bibir,
Kasih sayang jadi milik semua.

Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.

Lepas balik dari BTN, aku demam 3 hari. Hari ni, 31 Julai, aku mulakan kerja di pejabat. Rasa sihat sket la. Ramai gak kawan yang x sihat cam aku. Mungkin sebab kena hujan hari last sebelum exam 2 kot. pastu, kena kembara, panas lak, campur dgn udara air laut. tapi kursus ni memang bagus untuk menyemarakkan lagi rasa cinta negara. Kita patut berbangga menjadi warga negara ini kerana negara ini aman dan damai, jadi janganlah kita saling berpecah-belah untuk merebut kuasa.