Hikmah Sujud - Sujud Legakan Sistem Pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bah agian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Minda dan Mengenali Personaliti

Kuasa Minda Bawah sedar ( mengenali personaliti )

Manusia bertindak bergantung apa yang telah di isikan didalam Subconscious Mind mereka. Dengan memperhatikan cara barcakap gerakan bahasa badan, wajah, garis bibir, tangan, mata , gerakan, bahu seseorang, anda boleh membuat sebuah analisa yang apa yang tersirat di dalam minda seseorang. Jadikan infomasi ini sebagai garis panduan untuk anda mengambil tindakan dan keputusan. Mari kita melihat dari kaca mata kuasa minda bawah sedar, bagai mana infomasi ini membantu anda untuk menganalisa seseorang. Misalnya anda ingin mencari rakan perniagaan atau pasangan hidup.

Coba anda lihat wajah gadis di sebelah. Bermula dari leher kebawah, otak
kanan mengawal organ di sebelah kiri sedangkan otak di sebelah kiri
mengawal organ di sebelah kanan.

1. Dalam kes ini kita melihat mata gadis ini lebih besar di bahagian kiri.
2. Bahu lebih tinggi di sebelah kanan ( organ ini dikawal oleh otak kiri ).
3. Kepala lebih condong di sebelah kiri.

Kesimpulanya kita lihat gadis ini lebih banyak menggunakan otak kiri yang bersifat logikal. Misalnya untuk membuktikan sesuatu perkara gadis ini harus melihat dengan matanya sendiri daripada berita itu di sampaikan oleh orang lain. Bahu melambangkan pekerjaanya yang bersifat logik serta berfikir juga bersifat logikal. Pekerjaan yang sesuai untuk beliau adalah guru matematik, ahli sains, polis, akuantan, arkitek, pelukis plan, bank dan lain-lain yang bersifat logik.

1. Bibir lebih tinggi di sebelah kanan

Melambangkan penggunaan otak kanan. Gadis ini lebih suka bercakap perkara yang bersifat astrak otak kanan. Misalnya keagamaan, kerohanian, kelembutan dan bersifat keindahan. Tiga bahagian otak gadis ini menggunakan IQ dan satu bahagian otak menggunakan EQ.

EQ mempunyai 70% kekuatan dalam kehidupan manusia. Walaupun penggunaan EQ satu bahagian dari potensi minda gadis ini di katakan seimbang dalam penggunaan mindanya. Terutama bila gadis ini bercakap tentang kehidupan , motivasi, kerohanian beliau lebih cenderung memberikan contoh yang logikal akal. Bertuah andai anda menjadi pasangan hidupnya.

Penggunaan otak yang seimbang akan mempengaruhi peningkatan 70% EQ. EQ merupakan syarat utama mengukur kejayaan seseorang dalam kehidupan.

Latihan EQ membina personaliti .
Perhati kan iris mata seseorang apa bila bercakap dengan anda. Apabila anda melihat iris matanya terbuka luas_ menandakan seseorang itu amat berminat dengan anda.

Setiap kali mendengarkan orang bercerita tentang dirinya anggukan dagu setiap 7 minit_ Ini akan memberi kesan orang sangat ingin mendekati anda dan jadilah seorang pendengar yang baik.Orang yang bercerita berhak untuk di dengar dan di lihat. lihatlah matanya dengan pandangan yang lembut. Pandangan yang lembut adalah melihat mata kiri, kanan dan dagu sekaligus.

Bila bercakap dengan seseorang jangan tangan anda berada di kawasan bibir dan hidung _ ini akan merangsang minda anda untuk berbohong.

Setiap kali orang ketawa atau tersenyum ketuk kan meja atau keluar kan bunyi tertentu. Ini akan menciptakan satu anchor pada minda bawah sedar seseorang. jadi kan anchor ini sebagai alat untuk mencipta suasana harmoni dalam sebuah hubungan.

Otak yang lesu - Irfan Khairi

Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?
Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.

Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.
Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya.

Berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategy perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!

Lebih banyak anda berfikir, lebih efisyen otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan!

Cara menjadi kreatif dan menjana idea - Irfan Khairi

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, menjadi kreatif dan sering menjana idea adalah satu advantage.

Bagi diri saya sendiri, saya sering rasakan saya seorang yang kreatif dan banyak idea. So, sini ada beberapa tip yang saya ingin kongsikan bagaimana saya menjana idea…

(i) Bergembira & berseronok- idea hebat sering datang bila kita sedang seronok atau bergembira. Contoh, kalau saya tengok ketika workshop jutawan Internet, sesi brainstorming idea, kumpulan yang banyak idea hebat, pastinya datang dari kumpulan yang banyak gelak/bising/ketawa… they are having fun! Idea mudah datang bila kita have fun!

(ii) Fikir macam budak- Budak-budak banyak idea. Lihat sahaja anak-anak kita (atau anak-anak orang kalau belum ada anak ). Sebabnya, budak-budak tak meletakkan had atau limit pada sesuatu penyelesaian. Kita yang dah dewasa selalu meletakkan “limit” pada sebarang penyelesaian. Sebab itu, kita menjadi tidak kreatif. jadi, fikir seperti budak 6 tahun! (mungkin budak juga sering gembira… sebab itu dapat banyak idea?)

(iii) Ketahui bahawa ada BANYAK penyelesaian kepada apa sahaja masalah. Bukan hanya SATU! Bila kita fikir hanya ada sATU penyelesaian, kita akan berusaha cari SATU CARA tersebut. Bila fikir SATU, tiada idea yang datang kerana kita akan fikir untuk mendapatkan SATU YANG PERFECT/SEMPURNA. Bila berfikir, fikir BANYAK penyelesaian. Bila memikirkan terdapat BANYAK penyelesaian, kita akan rasa bebas berfikir macam-macam dan tidak hadkan idea kita.

So, di atas adalah 3 tip saya selalu gunakan untuk menjana idea dan menjadi kreatif Sebagai tambahan, maksud “kreatif” adalah “menambah nilai” atau “improve”. Kalau kita fikir begini, lagi mudah untuk jadi kreatif walaupun kita bukan orang yang kreatif!

PEMIKIRAN ARAS TINGGI (HOT )

Pengenalan
Pemikiran Aras Tinggi (HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". HOT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. ianya berlaku apabila sesorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Dengan adanya HOT pelajar dapat :

  • Membuat keputusan
  • Membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.
  • Melahirkan idea baru dan objek baru.
  • Membuat ramalan
  • Menyelesaikan masalah non-rutin

HOT memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri pembelajaran secara langsung melalui proses membuat generalisasi dan algoritma. Ianya dapat dicapai melalui beberapa kaedah seperti penyelesaian masalah, penerokaan matematik dan penyiasatan matematik dibantu oleh 'alat' iaitu pemikiran kreatif dan kritis.

Kategori Pemikiran
Pemikiran boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
(i) Pemikiran Kritis
(ii) Penyelesaian Masalah
(iii) Pemikiran Kreatif

1. Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan kesahan atau kelemaham sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Kenapa Pemikiran Kritis Diperlukan
Para pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknilogi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut telah mempunyai kebolehan untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis.

2. Penyelesaian Masalah
Secara amnya, penyelesaian masalah ialah pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila kia berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Terdapat dua penyelesaian masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah non rutin. Maslah rutin merupakan maslah harian yang bertujuan supaya pelajar menguasai kemahiran asas. Masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah matematik menggunakan kemahiran konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terdahulu. Proses penyelesaian masalah tidak dapat dihafal , ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.

Apa yang dipelajari dalam pendekatan ini?
Dalam pendekatan ini pelajar mempelajari secara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar diberi banyak peluang untuk berlatih menggunakan strategi-strategi penyelesaian masalah secara berkesan. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih strategi yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa strategi yang dipelajari dalam pendekatan ini ialah :
(i) Melukis gambarajah
(ii) Senarai sistematik
(iii) Menolak kemungkinan
(iv) Logik Matriks
(v) Mencari pola
(vi) Teka dan semak sub-masalah berpatah balik
(vii)Membina model
(viii)Menyusun maklumat
(ix) Memudahkan masalah
(x) Menjalankan eksperimen
(xi) Menggunakan formula

3. Pemikiran Kreatif
Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai :
" At the simplest level "creative" means bringing into being something that was not there before".
" Creative thingking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways of organizing things ang new ideas about ideas"
Rollo May pula menyatakan
" Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world "
Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan. Beberapa ciri pemikian kreatif ialah :
(i) Menjana idea yang asli, luar biasa dan mencabar
(ii) Melihat perhubungan /corak /pola
(iii)Mengaitkan
(iv)Membuat analogi
(v) Mensentisis
(vi)Merumus
(vii)Membuat kesimpulan
(viii)Memcipta metafora
(ix) Membuat hipotesis,generalisasi,memberi pandangan.

Contoh HOT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
HOT dan Penerokaan Matematik- Penerokaan Matematikal merupakan suatu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir tentang sesuatu situasi yang seterusnya berkembang menjadi satu idea matematik. Proses penerokaan hany aberlaku apabila pelajar diberi masalah matematik yang bermakna dan mencabar. melalui penerokaan pelajar akan mengalami proses HOT seterusnya dapat membentuk model dengan sendiri yang membawa kepada pengetahuan matematikal. Pelajar juga melakukan proses 'bermain-main' (messing around) dengan idea-idea matematik dengan melihat contoh, membuat tekaan dan penyoalan. Apabila pelajar sedang meneroka, dia bukan sahaja mencuba untuk menyelesaikan masalah tertentu tetapi cuba mempertingkatkan kefahaman mengenai sesuatu situasi. Beberapa akviti yang dapat dijalankan adalah seperti contoh di dalam lampiran ( rujuk lampiran 1 dan lampiran 2 ).

Penutup
Penyelesaian masalah, penerokaan dan peyiasatan matematik banyak membantu dan menggalakkan pelajar-pelajar berfikir secara HOT. Perubahan cara berfikir yang berkesan dan berterusan sudah menjadi satu tanggungjawab besar dalam konsep Sekolah Bestari.