Apakah 5 Kekuatan Anda???

(dipetik dari http://www.irfankhairi.com)
oleh Irfan Khairi...Thanks

Beberapa hari lepas ketika rakaman siri “Temu Bual” di Astro, salah satu soalan yang diajukan kepada saya adalah, apakah 5 kekuatan saya yang membawa saya kepada kejayaan.

Jawapan saya adalah:

1. Fokus

Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu

Saya agak rajin mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang

Saya banyak berfikir dan mencari peluang. Setiap hari saya akan fikirkan beberapa idea perniagaan. Bila tidak ada benda nak buat, saya akan fikir peluang-peluang menambahkan pendapatan…

4: Kreatif

Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Saya sering mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep. Sebagai contoh, menggunakan pendekatan “Tip Satu Minit” untuk blog.

5: Kesabaran

Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…

Senaraikan apakah kekuatan anda dan asahkan kekuatan tersebut supaya ianya dapat memberi pulangan kepada anda. Amat penting untuk mengetahui kekuatan kita supaya kita dapat mengasahkannya dan praktiskan kekuatan-kekuatan tersebut.

Sememangnya kita sering dengar untuk kita fokus kepada kekuatan kita. Tetapi, pernah tak kita berhenti seketika dan menyenaraikan apakah kekuatan-kekuatan kita? :) Setelah identify kekuatan kita, lagi mudah untuk kita gunakan kekuatan kita itu.

Tiada ulasan: