PEMIKIRAN ARAS TINGGI (HOT )

Pengenalan
Pemikiran Aras Tinggi (HOT) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". HOT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. ianya berlaku apabila sesorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.

Dengan adanya HOT pelajar dapat :

  • Membuat keputusan
  • Membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan.
  • Melahirkan idea baru dan objek baru.
  • Membuat ramalan
  • Menyelesaikan masalah non-rutin

HOT memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami sendiri pembelajaran secara langsung melalui proses membuat generalisasi dan algoritma. Ianya dapat dicapai melalui beberapa kaedah seperti penyelesaian masalah, penerokaan matematik dan penyiasatan matematik dibantu oleh 'alat' iaitu pemikiran kreatif dan kritis.

Kategori Pemikiran
Pemikiran boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu :
(i) Pemikiran Kritis
(ii) Penyelesaian Masalah
(iii) Pemikiran Kreatif

1. Pemikiran Kritis
Pemikiran kritis merupakan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan kesahan atau kelemaham sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Kenapa Pemikiran Kritis Diperlukan
Para pelajar yang didedahkan dengan pemikiran kritis lebih bersedia menghadapi masalah yang lebih kompleks dan perubahan teknilogi yang berlaku secara mendadak. Ini adalah kerana pelajar tersebut telah mempunyai kebolehan untuk bertindak secara efektif yang diperolehi melalui pemikiran kritis.

2. Penyelesaian Masalah
Secara amnya, penyelesaian masalah ialah pelbagai langkah atau cara yang kita akan lakukan apabila kita menghadapi sesuatu masalah. Keinginan untuk menyelesaikan masalah ini timbul apabila kia berdepan dengan sesuatu masalah dan tidak pasti cara bagaimana untuk menyelesaikannya. Terdapat dua penyelesaian masalah dalam matematik iaitu masalah rutin dan masalah non rutin. Maslah rutin merupakan maslah harian yang bertujuan supaya pelajar menguasai kemahiran asas. Masalah non rutin pula adalah penyelesaian masalah matematik menggunakan kemahiran konsep atau prinsip matematik yang telah dikuasai terdahulu. Proses penyelesaian masalah tidak dapat dihafal , ianya memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dengan perancangan strategi dan kaedah yang sesuai.

Apa yang dipelajari dalam pendekatan ini?
Dalam pendekatan ini pelajar mempelajari secara eksplisit strategi atau kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Pelajar diberi banyak peluang untuk berlatih menggunakan strategi-strategi penyelesaian masalah secara berkesan. Pelajar juga diberi peluang untuk memilih strategi yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Beberapa strategi yang dipelajari dalam pendekatan ini ialah :
(i) Melukis gambarajah
(ii) Senarai sistematik
(iii) Menolak kemungkinan
(iv) Logik Matriks
(v) Mencari pola
(vi) Teka dan semak sub-masalah berpatah balik
(vii)Membina model
(viii)Menyusun maklumat
(ix) Memudahkan masalah
(x) Menjalankan eksperimen
(xi) Menggunakan formula

3. Pemikiran Kreatif
Dr. Edward de Bono mendefinisikan kreatif dan kreativiti sebagai :
" At the simplest level "creative" means bringing into being something that was not there before".
" Creative thingking includes personal processes, as such as new ways of looking at things, new ways of organizing things ang new ideas about ideas"
Rollo May pula menyatakan
" Creativity is the encounter of the intensively conscious human being with his world "
Sebagai rumusan bolehlah kita katakan bahawa pemikiran kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan. Beberapa ciri pemikian kreatif ialah :
(i) Menjana idea yang asli, luar biasa dan mencabar
(ii) Melihat perhubungan /corak /pola
(iii)Mengaitkan
(iv)Membuat analogi
(v) Mensentisis
(vi)Merumus
(vii)Membuat kesimpulan
(viii)Memcipta metafora
(ix) Membuat hipotesis,generalisasi,memberi pandangan.

Contoh HOT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
HOT dan Penerokaan Matematik- Penerokaan Matematikal merupakan suatu kaedah mengajar pelajar satu cara berfikir tentang sesuatu situasi yang seterusnya berkembang menjadi satu idea matematik. Proses penerokaan hany aberlaku apabila pelajar diberi masalah matematik yang bermakna dan mencabar. melalui penerokaan pelajar akan mengalami proses HOT seterusnya dapat membentuk model dengan sendiri yang membawa kepada pengetahuan matematikal. Pelajar juga melakukan proses 'bermain-main' (messing around) dengan idea-idea matematik dengan melihat contoh, membuat tekaan dan penyoalan. Apabila pelajar sedang meneroka, dia bukan sahaja mencuba untuk menyelesaikan masalah tertentu tetapi cuba mempertingkatkan kefahaman mengenai sesuatu situasi. Beberapa akviti yang dapat dijalankan adalah seperti contoh di dalam lampiran ( rujuk lampiran 1 dan lampiran 2 ).

Penutup
Penyelesaian masalah, penerokaan dan peyiasatan matematik banyak membantu dan menggalakkan pelajar-pelajar berfikir secara HOT. Perubahan cara berfikir yang berkesan dan berterusan sudah menjadi satu tanggungjawab besar dalam konsep Sekolah Bestari.

Tiada ulasan: